Tuesday 6 April 2010

PROGRAM KECEMERLANGAN DIRI & ORGANISASI


2-4 April 2010, El-Azzhar Camp, Morib - Seramai 31 orang dari Unit Kewangan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah menyertai program Kecemerlangan Diri & Organisasi (Practical Team)

Program ini adalah di bawah kendalian El-Azzhar Training. Jurulatih yang terlibat ialah oleh saudara Ahmad Zaki Ahmad Rafa'i, Muhammad Isa Shamsudin, Ronizam Zaibidi dan Mohd Asmadi Nuruddin.

Hari pertama dimulakan dengan aktiviti Practical Dreamer iaitu proses pembentukan pasukan. Tujuan aktiviti tersebut adalah untuk membentuk organisasi impian. Seterusnya disambung dengan aktiviti Practical Strategy yang mana diisi dengan permainan Candle War.

Pada hari kedua, program diteruskan dengan aktiviti Practical Touch yang mana menekankan tentang cara berkomunikasi dan menerapkan budaya senyum dan salam. Aktiviti kedua adalah Practical One yang mengaitkan tentang pemimpin dan kepimpinan di dalam setiap organisasi.  Seterusnya aktiviti Practical Challenge dilaksanakan di mana di dalamnya disertakan dengan permainan-permainan luar seperti High Rope, Flying Fox dan berkayak. Malam kedua dimulakan dengan Practical Warrior dengan permainan Samurai Game. BBQ dan acara karaoke diadakan selepas itu menceriakan lagi suasana pada malam tersebut.

Hari terakhir diteruskan dengan aktiviti yang terakhir iaitu Practical Synergy yang mana diadakan permainan Cabaran Masa.

Pada majlis penutup, ketua unit kewangan, Cik Mas Sakdah Kamaruzzaman yang juga sebagai peserta kursus menyampaikan sijil kehadiran kepada para peserta.

No comments:

Post a Comment

Disqus Shortname

Comments system

ADS Title Below (yes/no)

Animation - Scroll IMG (yes/no)

Recent Posts

Fixed Menu (yes/no)

Widget Recent Post No. (ex: 4)

Widget Random Post No. (ex: 4)

PageNavi Results No. (ex: 7)