Friday 30 July 2010

LATIHAN KHAS KEFASILITATORAN 1 - AF11UIAM


26-28  Julai, El-Azzhar Camp, Morib - Seramai 11 orang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah dipilih sebagai pelajar AF11UIAM. Mereka mengikuti LKK1 yang diadakan di bilik mesyuarat EAC. 11 orang pelajar tersebut ialah:
1) Abdul Razif bin Ahmad
2) Kamarulzaman bin Mahmad Khairai
3) Mohd Amirul Salihan bin Ahmad
4) Mohd Ikmal Hakim bin Che Sammudin
5) Mohd Zamir Azfar bin Ab Rahim
6) Norhirina binti A.Rahim
7) Nurmahfuzah bt. Mohamad Amin
8) Noor Azmah binti Abdul Aziz
9) Nur Atiqah binti Jahari
10) Nur Hazirah bt. Samsudin
11) Qurratu'aini binti Mohd Radzi

Thursday 29 July 2010

KEMBARA JAYA


27 Julai, SMK Cheras Jaya-El-Azzhar Camp, Morib - Seramai lebih kurang 152 orang guru SMK Cheras Jaya telah menyertai Kembara Jaya yang dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama EA Training. Seawal jam 9.30am dengan menaiki 42 kereta, mereka telah memulakan kembara dengan jayanya setelah diberi penerangan oleh saudara Muhammad Khairie Kemat. Beberapa orang fasilitator dari Akademi Fasilitator membantu untuk acara ini,

Terdapat 4 check point perlu mereka sampai dan perlu tiba di El-Azzhar Camp, Morib sebelum jam 12.00p.m. Setelah para guru sampai, saudara Khairie memulakan sesi jawapan dan banyak jawapan yang tidak dapat diduga oleh kebanyakan pasukan. Paling menarik adalah barang-barang yang diminta mereka perolehi kerana lain yang diminta, lain yang diterima.

Selesai acara kembara, ceramah pendek yang disampaikan oleh saudara Ahmad Zaki Ahmad Rafa'i bertajuk Pengurusan Stress. Setelah solat Zohor, guru-guru dihidangkan dengan BBQ untuk juadah tengahari.

Sesi mengisa pula diadakan pada sebelah petang diketuai oleh saudara Muhammad Isa Shamsuddin dan dibantu oleh fasilitator outdoor yang lain.

Akhir sekali, pada jam 5 p.m diadakan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang dan juga cenderahati kepada EA Training.

Saturday 24 July 2010

PENGURUSAN STRES & MENGURUS EMOSI BERKESAN


21-22 Julai, Nur Bukit Unggul Resort, Bangi - Saudara Ahmad Zaki Ahmad Rafa'i telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan program ini untuk 52 kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia selama dua hari.

Sesi dimulakan pada jam 9 pagi dengan menceritakan tentang kejadian dan kehebatan manusia menjadi khalifah di muka bumi ini. Saudara ZR juga menerangkan tentang emosi manusia serta memahami struktur otak manusia. Aktiviti pembentukan pasukan yang bercirikan 'peace' dan 'cool' mengambil masa kira-kira 30 minit telah memperlihatkan kesungguhan kesemua para peserta dalam membuat persembahan dan pasukan yang terbina ialah pasukan senduduk, suria, teratai, hijau 1 dan hijau 2.

Sesi petang pula dimulakan dengan apakah yang dimaksudkan dengan stres dan implikasi dalam hidup. Sebanyak 26 soalan ditujukan kepada para peserta dan sekiranya salah satu jawapan dari soalan itu adalah ya, maka kemungkinan telah berlaku ketegangan dalam diri mereka. ZR meneruskan sesi ini dengan menerangkan petanda stres dan minta para peserta kaitkan dengan tanda-tanda stres dalam diri.

Pada hari berikutnya, saudara ZR menerangkan tentang punca-punca dan kesan stres dalam kehidupan. Beliau memberi pendedahan bahawa untuk mengelak dari stres, para peserta perlu menukar mindset yang berada di aqal terlebih dahulu melalui menyeragamkan pemikiran, perasaan dan tingkahlaku. Beberapa perkara juga perlu diambil kira seperti cara muhasabah diri, cara mengurus emosi serta membina kehidupan yang lebih baik.

Pada sesi petang, para peserta didedahkan peri pentingnya mengurus masa dengan berkesan cara rebut lima perkara sebelum datang lima perkara dan bagaimana untuk berkomunikasi dengan berkesan.

Thursday 22 July 2010

SPIES 2


19-20 Julai, Warisan Sembilang, Pantai Remis - HPI Consultant Sdn.Bhd. telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan program SPIES dan saudara Ahmad Zaki Ahmad Rafa'i (ZR) telah dilantik sebagai salah seorang jurulatih program tersebut selain saudara Alwan Wagiman, Ustaz Wan Adam dan Che Mohammad.

Seramai lebih kurang 100 orang telah menyertai program ini yang mana membincangkan tentang 5 elemen iaitu Spiritual, Physical, Intelligence, Emotional dan Social.

Saudara ZR telah mengendalikan sesi Intelligence. Beliau menerangkan kenapa manusia dilantik oleh Allah menjadi khalifah serta menceritakan kehebatan akal manusia. Aktiviti yang dijalankan ialah Uda & Dara dan Masalah Elektrik.

Sesi Emotional, saudara ZR telah memulakan dengan menjalankan aktiviti aksi terlampau iaitu senyuman terlampau, sedih terlampau dan geram terlampau sebelum disambung oleh Encik Alwan.

Tuesday 20 July 2010

LATIHAN KHAS KEFASILITATORAN 1 [AF8UiTM]

16-18 Julai, El-Azzhar Camp, Morib - Seramai 11 orang pelajar UiTM telah mengikuti LKK 1 dan 10 orang pelajar UIAM dan UiTM telah mengikuti LKK 2 yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di El-Azzhar Camp, Morib. 

LKK kali ini dikendalikan oleh  saudara Ahmad Zaki Ahmad Rafa'i dan saudara Nur Iman Mahadi Mukiya (Jurulatih AF) serta dibantu oleh Puan Nurul Ain Badruddin (AF1UiTM) dan saudara Mohd Hani Mohd Sidek (AF6UiTM).

Pelajar-pelajar AF8UiTM ialah:
1) Ahmad Liwauddin bin Mardi
2) Ermadieyani binti Ismadi
3) Mohamad Danish bin Mohamad Rahfidi
4) Mohamad Ezzudin bin Razali
5) Mohd Firdaus bin Ibrahim
6) Muhamed Azlan Shah bin Sahalan
7) Nadia bt. Mohd Nazri
8) Nadhirah bte Zamrose
9) Noor Hidayah Yahaya
10) Norkhairuzan binti Saharudin
11) Siti Shazwani bt. Aris

Friday 16 July 2010

MOTIVASI & PENINGKATAN SEMANGAT KERJA BERPASUKAN


12-14 Julai, Impian Rimba Resort, Hulu Langat - Saudara Zaki Rafa'i (ZR) telah mengendalikan kursus selama 2 hari 1 malam anjuran Jabatan Kerja Raya, Selangor dan dikendalikan oleh PUTP Excel Sdn. Bhd. Program yang berobjektifkan menggerak dan mengembangkan unsur-unsur positif dalam diri para peserta, memantapkan azam serta tekad bagi menjadikan kerja sebagai ibadah dan menyuburkan sifat tabah menghadapi masalah dan konflik serta krisis dalam pekerjaan telah dihadiri seramai 59 orang.

Sesi pertama dimulakan dengan tajuk kekuatan motivasi, akal dan kerjasama dengan membincangkan tentang Intelligence Quotient dan kemahiran berfikir serta fokus pada pasukan bukan individu. Aktiviti yang dijalankan ialah pembentukan pasukan.

Sesi dua disambung oleh Encik Arshad bin Jamil dengan tajuk fikiran positif, kreatif & proaktif.

Pada hari berikutnya ZR menyambung pula sesi 3 dengan tajuk kemurnian niat, azam & integriti. Antara isi yang disampaikan ialah niat di sebalik sesuatu perbuatan, nilai bekerja serta gred prestasi. Aktiviti yang dijalankan ialah halaman minda dan apakah impian anda! Seterusnya sesi 4 iaitu etika komunikasi tempat kerja ZR menerangkan tentang makna komunikasi dan fungsi komunikasi.Aktiviti 7 Up dijalankan diluar kelas sebelum makan tengahari

Selepas Zohor sesi 5 iaitu menangani stres, konflik di tempat kerja ZR menerangkan tentang konflik pejabat dan konflik yang produktif. Aktiviti yang dijalankan ialah siapa yang paling bersalah?

Pada jam 5 petang, para peserta mengikuti poco-poco yang dikendalikan oleh jurulatih resort tersebut. Pada sebelah malam para peserta disajikan dengan bbq dan acara karaoke.

Pada hari terakhir, saudara ZR telah memulakan dengan sesi 6 iaitu Pengurusan Masa Yang Produktif dengan membincangkan rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara iaitu lapang sebelum sempit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, sihat sebelum sakit, hidup sebelum mati.Sesi 7 Ketrampilan & Kompentensi Diri menerangkan tentang pembangunan kualiti diri dan perlakuan untuk kecemerlangan kerjaya.

Pada sesi 8 iaitu Menikmati Kepuasan Bekerja, saudara ZR bertanyakan samada para peserta mendapat kepuasan bekerja atau tidak serta mengapa? Pada sesi 9 iaitu sesi memurni misi, visi & prospektif diri, saudara ZR menjalankan aktiviti cabaran masa.

Program berakhir pada jam satu tengahari dengan penyampaian hadiah kepada pasukan yang berjaya memenangi aktiviti berpasukan.

Tuesday 13 July 2010

MOTIVASI BINA INSAN CEMERLANG

10-11 Julai, El-Azzhar Camp, Banting - El-Azzhar Training telah diberi peluang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampun Jemaah, Pelabuhan Kelang untuk mengendalikan satu kursus yang diberi nama Motivasi Bina Insan Cemerlang. Seramai lebih kurang 52 orang telah mengikuti program ini.

Saudara Ahmad Zaki Ahmad Rafa'i telah mengendalikan program ini dan dibantu oleh Pn. Nurul Ain Badruddin AF1UIAM, Mumu (AF6UIAM), Nasruddin (AF7UiTM) & Munirah (AF10UIAM).

Wednesday 7 July 2010

PEMANTAPAN ETIKA & BUDAYA KERJA POSITIF

5 & 6 Julai 2010, Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi - Encik Ahmad Zaki Ahmad Rafa'i diminta untuk mengendalikan satu program yang dikendalikan oleh HPI Consultants Sdn. Bhd. untuk kakitangan UKM seramai 33 orang.

Disqus Shortname

Comments system

ADS Title Below (yes/no)

Animation - Scroll IMG (yes/no)

Recent Posts

Fixed Menu (yes/no)

Widget Recent Post No. (ex: 4)

Widget Random Post No. (ex: 4)

PageNavi Results No. (ex: 7)