Tuesday 29 June 2010

SPIES


26-27 Jun, Hotel Sun Inns, Kuala Selangor - Saudara Ahmad Zaki Ahmad Rafa'i (ZR), perunding utama Chosen One Management diberi kepercayaan oleh HPI Consultants Sdn. Bhd. sebagai jurulatih program SPIES anjuran kerajaan negeri Selangor Darul Ehsan.

Program yang berlangsung dua hari ini menekankan 5 elemen penting yang perlu dijaga dan dipertingkatkan dalam kehidupan seseorang iaitu S-Spiritual, P-Physical, I-Intelligence, E-Emotional dan S-Social. Saudara ZR telah mengendalikan sesi elemen Physical, Intelligence & Emotional.

Seramai 67 orang kakitangan negeri Selangor Darul Ehsan.

Monday 21 June 2010

PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI 2


17 Jun 2010 - Saudara Ahmad Zaki Ahmad Rafa'i, perunding utama Chosen One Management telah diminta oleh HPI Consultants Sdn. Bhd.sekali lagi bagi mengendalikan satu kursus yang dinamakan Penerapan Nilai-nilai Murni untuk 193 orang kakitangan Pusat Perubatan Universiti Malaya bertempat di Dewan Sekapur Sirih, Tingkat 1, Bangunan Trauma & Kecemasan
.
Seawal jam 8.00am, peserta telah mendaftar bagi mendapatkan program tentatif serta nota kursus. Dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Kamal Eazzat Mat Isa. Kemudian, sesi 1 dimulakan dengan Pembinaan Nilai Positif di Tempat Kerja dengan menerangkan kepada peserta bagaimana mewujudkan budaya kerja yang cemerlang serta kepentingan hubungan harmoni sesama staf.

Sesi 2 bermula sebaik sahaja selesai minum pagi dengan Budaya Integriti & Akauntabiliti. Sesi ini mengajak para peserta mendefinisikan integriti dan akauntabiliti serta kesan amalan rasuah & penyelewengan.

Sesi 3 pula dimulakan jam 2.30p.m yang membincangkan tentang mesra pelanggan. Antara kandungan sesi ini ialah bagaimana para kakitangan boleh meningkatkan kemahiran komunikasi, membina staf yang berinformasi serta amalan senyum.

Antara aktiviti-aktiviti yang dibuat bagi menceriakan lagi suasana pembelajaran ialah telefon karat, accentuate the positive, halaman minda & pembaca berita berkepala tiga.

Sebelum berakhir, para peserta diminta mengisi borang penilaian bagi menilai keberkesanan kursus ini.

Thursday 10 June 2010

PEMIKIRAN KREATIF & MENANGANI MASALAH DI TEMPAT KERJA

09-10 Jun, De Palma Hotel, Shah Alam - Bertempat di bilik Anggerik, satu kursus yang dinamakan Pemikiran Kreatif & Menangani Masalah Di Tempat Kerja telah di adakan. Seramai 25 orang peserta telah mengikuti kursus selama dua hari ini. PUTP Excel Sdn. Bhd. telah menjemput saudara Ahmad Zaki Ahmad Rafa'i, perunding utama Chosen One Management bagi mengendalikan dua sesi iaitu sesi 2 - Kepintaran Minda/Emosi (IQ&EQ) dan sesi 3 - Gaya & Tabiat Berfikir.

Beliau memulakan sesi 2 dengan menerangkan dengan lebih jelas definisi masalah, seterusnya memperincikan faktor kejayaan individu adalah berasakan Intelligence Quotient dan Emotional Quotient seseorang. Begitu juga dengan peranan Social Quotient, Physical Quotient dan Spiritual Quotient.

Sesi 3 bermula selepas makan tengahari 9 Jun yang mana saudara Zaki Rafa'i menyoal kepada para peserta tentang half empty or half full. Penyelesaian kepada sesuatu masalah perlulah dilihat sebagai perkara yang positif atau حسن الظن

Setelah itu, beliau menerangkan serba sedikit tentang cara berfikir seperti analytical, vertical, lateral,emotive, logic dan creative thinking. Para peserta dibahagikan kepada empat pasukan iaitu Mavi Marmara diketuai oleh Dr.Razak, Al-Falah diketuai oleh Tuan Syed Al-Attas, Gaba diketuai oleh Ustaz Awal & Pro-Kiasu diketuai oleh Encik Zack.


Aktiviti pasukan dimulakan dengan memilih ketua, nama pasukan, struktur organisasi & motto serta sorakan pasukan. Ini disusuli pula oleh setiap pasukan dikehendaki untuk mereka dua teka-teki.Aktiviti terakhir mereka ialah aktiviti Susun 12345678. Hari pertama berakhir jam 4.30p.m dengan minum petang.

Disqus Shortname

Comments system

ADS Title Below (yes/no)

Animation - Scroll IMG (yes/no)

Recent Posts

Fixed Menu (yes/no)

Widget Recent Post No. (ex: 4)

Widget Random Post No. (ex: 4)

PageNavi Results No. (ex: 7)