Friday 28 May 2010

KURSUS PEMBANGUNAN MINDA & PEMIKIRAN KREATIF

24-26 Mei, Institut Sosial Malaysia, Sungai Besi - Saudara Ahmad Zaki Ahmad Rafa'i selaku Principal Consultant Chosen One Management telah dilantik oleh HPI Consultant Sdn. Bhd. kesekian kalinya untuk mengendalikan Kursus Pembangunan Minda & Pemikiran Kreatif yang berlangsung di Makhamah Moot, Tingkat 2,Institut Sosial Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Bermula jam 8.30a.m, saudara Zaki telah menerangkan objektif kursus dan membahagikan 20 orang para peserta kepada empat pasukan. Mereka dikehendaki berbincang dan mencadangkan beberapa idea bagi memilih ketua, nama pasukan, motto, slogan fizikal dan juga lagu bagi pasukan mereka.

Selepas minum pagi, empat pasukan tersebut telah membuat persembahan pasukan mereka iaitu pasukan Yes, Sang Semut, Kazaz Da Boom dan Fajomirosha. Kemudian saudara Zaki menerangkan struktur dan fungsi otak manusia.

Selepas makan tengahari, saudara Zaki menerangkan tentang fungsi kedua-dua belah otak dan lapan kecerdikan yang dipopularkan oleh Howard Gardner. Diselitkan juga bagaimana berfikir di luar kotak dan mengelakkan diri dari terbiasa dengan minda seekor gajah..

Hari kedua dimulakan dengan latihan menghafal lagu pasukan serta sorakan yang mantap.Seterusnya saudara Zaki meneruskan dengan menyambung 8 kecerdikan serta bagaimana berfikir secara positif dan kreatif. Setiap pasukan dimestikan mencipta dua buah teka-teki dan pasukan lain diminta untuk memberikan jawapan setelah soalan dikemukan.

Hari ketiga dimulakan dengan bertanyakan tentang apa yang dimaksudkan dengan masalah. Para peserta didedahkan dengan beberapa tools bagi membantu menyelesaikan masalah. Antaranya ialah Ishikawa Diagram dan Peta Minda.

Sesi Penilaian diadakan pada jam 4 petang dan En. Mohd Yusri Yusof @ Jusoh selaku ketua pusat pengajian pembangunan modal insan merasmikan majlis penutup dan menyampaikan sijil kepada para peserta. Pasukan Sang Semut telah berjaya menjadi pasukan yang paling mantap dalam kursus ini.

Banyak permainan digunakan dalam kursus ini seperti jerangkap samar, seven up, teka teki teka tekok, keras tangan, the pyramid dan sebagainya.

Disqus Shortname

Comments system

ADS Title Below (yes/no)

Animation - Scroll IMG (yes/no)

Recent Posts

Fixed Menu (yes/no)

Widget Recent Post No. (ex: 4)

Widget Random Post No. (ex: 4)

PageNavi Results No. (ex: 7)