Thursday 23 December 2010

PROGRAM KEPIMPINAN - PARA KETUA KAMPUNG LABUAN


20-22 Disember, Anjung Budaya, Labuan - Saudara Ahmad Zaki Ahmad Rafa'i telah diberi kepercayaan oleh ICK Unggul untuk mengetuai tiga hari kursus kepimpinan khas untuk 27 orang ketua-ketua kampung Labuan berserta beberapa penduduk kampung yang menyertai program e-kasih.

Antara kandungan program ialah:
a) Kompas kehidupan
b) Personaliti Warna
c) Komunikasi Saxophone
d) Laba Labu-Labi
e) Cabaran Masa

Program ini dibantu oleh saudara Radzi (CEO ICK), Nur Iman Mahadi Mukiya & Zaidi

Tuesday 21 December 2010

LATIHAN KHAS KEFASILITATORAN 2


17-19hb Disember 2010, Morib - bertempat di  EL AZZHAR Camp,  telah berlangsung Latihan Khas Kefasilitatoran (II). Kursus ini disertai oleh lapan orang peserta dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak yang merupakan pelajar-pelajar Akademi Fasilitator. Peserta-peserta yang terlibat adalah Mohd Amirul Salihan Bin Ahmad (AF11UIAM), Kamarulzaman Bin Mahmad Khairai (AF11UIAM), Noor Azmah Abdul Aziz (AF11UIAM), Nurmahfuzah Binti Mohamad Amin (AF11UIAM), Nur Atiqah Binti Jahari (AF11UIAM), Mohd Faiz Bin Suhaimi (AF9UIAM), Afiqahinani Binti Abdul Gani (AF9UIAM) dan Siti Nursakina Binti Mohamad Yusoff (AF9UIAM). Jurulatih-jurulatih yang hadir ialah saudara Hafizan Rohmat dan saudara Ahmad Zaki Ahmad Rafa’i serta dibantu oleh saudara Mohd Hani Mohd Sidek (AF6UiTM). Kursus ini menekankan tentang asas-asas kemahiran untuk menjadi seorang fasilitator termasuk erti kefasilitatoran, komunikasi, modul dan sebagainya.

Wednesday 15 December 2010

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONAL PEMANDU


12-13 Disember, Shah Alam - Bertempat di De Palma saudara Zaki Rafa'i telah dijemput oleh HPI Consultants Sdn. Bhd. untuk mengisi beberapa slot dalam kursus ini. Peserta kursus ini adalah 30 para pemandu Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor Darul Ehsan. Antara slot yang dikendalikan ialah:
a) Motivasi & Kendalian Diri
b) Peningkatan Profesionalisma Diri
c) Insan Cemerlang:  Pekerjaan Satu Ibadah
d) Membina Imej Pemandu Profesionalisma

Disqus Shortname

Comments system

ADS Title Below (yes/no)

Animation - Scroll IMG (yes/no)

Recent Posts

Fixed Menu (yes/no)

Widget Recent Post No. (ex: 4)

Widget Random Post No. (ex: 4)

PageNavi Results No. (ex: 7)