Friday 16 July 2010

MOTIVASI & PENINGKATAN SEMANGAT KERJA BERPASUKAN


12-14 Julai, Impian Rimba Resort, Hulu Langat - Saudara Zaki Rafa'i (ZR) telah mengendalikan kursus selama 2 hari 1 malam anjuran Jabatan Kerja Raya, Selangor dan dikendalikan oleh PUTP Excel Sdn. Bhd. Program yang berobjektifkan menggerak dan mengembangkan unsur-unsur positif dalam diri para peserta, memantapkan azam serta tekad bagi menjadikan kerja sebagai ibadah dan menyuburkan sifat tabah menghadapi masalah dan konflik serta krisis dalam pekerjaan telah dihadiri seramai 59 orang.

Sesi pertama dimulakan dengan tajuk kekuatan motivasi, akal dan kerjasama dengan membincangkan tentang Intelligence Quotient dan kemahiran berfikir serta fokus pada pasukan bukan individu. Aktiviti yang dijalankan ialah pembentukan pasukan.

Sesi dua disambung oleh Encik Arshad bin Jamil dengan tajuk fikiran positif, kreatif & proaktif.

Pada hari berikutnya ZR menyambung pula sesi 3 dengan tajuk kemurnian niat, azam & integriti. Antara isi yang disampaikan ialah niat di sebalik sesuatu perbuatan, nilai bekerja serta gred prestasi. Aktiviti yang dijalankan ialah halaman minda dan apakah impian anda! Seterusnya sesi 4 iaitu etika komunikasi tempat kerja ZR menerangkan tentang makna komunikasi dan fungsi komunikasi.Aktiviti 7 Up dijalankan diluar kelas sebelum makan tengahari

Selepas Zohor sesi 5 iaitu menangani stres, konflik di tempat kerja ZR menerangkan tentang konflik pejabat dan konflik yang produktif. Aktiviti yang dijalankan ialah siapa yang paling bersalah?

Pada jam 5 petang, para peserta mengikuti poco-poco yang dikendalikan oleh jurulatih resort tersebut. Pada sebelah malam para peserta disajikan dengan bbq dan acara karaoke.

Pada hari terakhir, saudara ZR telah memulakan dengan sesi 6 iaitu Pengurusan Masa Yang Produktif dengan membincangkan rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara iaitu lapang sebelum sempit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, sihat sebelum sakit, hidup sebelum mati.Sesi 7 Ketrampilan & Kompentensi Diri menerangkan tentang pembangunan kualiti diri dan perlakuan untuk kecemerlangan kerjaya.

Pada sesi 8 iaitu Menikmati Kepuasan Bekerja, saudara ZR bertanyakan samada para peserta mendapat kepuasan bekerja atau tidak serta mengapa? Pada sesi 9 iaitu sesi memurni misi, visi & prospektif diri, saudara ZR menjalankan aktiviti cabaran masa.

Program berakhir pada jam satu tengahari dengan penyampaian hadiah kepada pasukan yang berjaya memenangi aktiviti berpasukan.

No comments:

Post a Comment

Disqus Shortname

Comments system

ADS Title Below (yes/no)

Animation - Scroll IMG (yes/no)

Recent Posts

Fixed Menu (yes/no)

Widget Recent Post No. (ex: 4)

Widget Random Post No. (ex: 4)

PageNavi Results No. (ex: 7)