Thursday 29 July 2010

KEMBARA JAYA


27 Julai, SMK Cheras Jaya-El-Azzhar Camp, Morib - Seramai lebih kurang 152 orang guru SMK Cheras Jaya telah menyertai Kembara Jaya yang dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama EA Training. Seawal jam 9.30am dengan menaiki 42 kereta, mereka telah memulakan kembara dengan jayanya setelah diberi penerangan oleh saudara Muhammad Khairie Kemat. Beberapa orang fasilitator dari Akademi Fasilitator membantu untuk acara ini,

Terdapat 4 check point perlu mereka sampai dan perlu tiba di El-Azzhar Camp, Morib sebelum jam 12.00p.m. Setelah para guru sampai, saudara Khairie memulakan sesi jawapan dan banyak jawapan yang tidak dapat diduga oleh kebanyakan pasukan. Paling menarik adalah barang-barang yang diminta mereka perolehi kerana lain yang diminta, lain yang diterima.

Selesai acara kembara, ceramah pendek yang disampaikan oleh saudara Ahmad Zaki Ahmad Rafa'i bertajuk Pengurusan Stress. Setelah solat Zohor, guru-guru dihidangkan dengan BBQ untuk juadah tengahari.

Sesi mengisa pula diadakan pada sebelah petang diketuai oleh saudara Muhammad Isa Shamsuddin dan dibantu oleh fasilitator outdoor yang lain.

Akhir sekali, pada jam 5 p.m diadakan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang dan juga cenderahati kepada EA Training.

No comments:

Post a Comment

Disqus Shortname

Comments system

ADS Title Below (yes/no)

Animation - Scroll IMG (yes/no)

Recent Posts

Fixed Menu (yes/no)

Widget Recent Post No. (ex: 4)

Widget Random Post No. (ex: 4)

PageNavi Results No. (ex: 7)