Saturday 24 July 2010

PENGURUSAN STRES & MENGURUS EMOSI BERKESAN


21-22 Julai, Nur Bukit Unggul Resort, Bangi - Saudara Ahmad Zaki Ahmad Rafa'i telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan program ini untuk 52 kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia selama dua hari.

Sesi dimulakan pada jam 9 pagi dengan menceritakan tentang kejadian dan kehebatan manusia menjadi khalifah di muka bumi ini. Saudara ZR juga menerangkan tentang emosi manusia serta memahami struktur otak manusia. Aktiviti pembentukan pasukan yang bercirikan 'peace' dan 'cool' mengambil masa kira-kira 30 minit telah memperlihatkan kesungguhan kesemua para peserta dalam membuat persembahan dan pasukan yang terbina ialah pasukan senduduk, suria, teratai, hijau 1 dan hijau 2.

Sesi petang pula dimulakan dengan apakah yang dimaksudkan dengan stres dan implikasi dalam hidup. Sebanyak 26 soalan ditujukan kepada para peserta dan sekiranya salah satu jawapan dari soalan itu adalah ya, maka kemungkinan telah berlaku ketegangan dalam diri mereka. ZR meneruskan sesi ini dengan menerangkan petanda stres dan minta para peserta kaitkan dengan tanda-tanda stres dalam diri.

Pada hari berikutnya, saudara ZR menerangkan tentang punca-punca dan kesan stres dalam kehidupan. Beliau memberi pendedahan bahawa untuk mengelak dari stres, para peserta perlu menukar mindset yang berada di aqal terlebih dahulu melalui menyeragamkan pemikiran, perasaan dan tingkahlaku. Beberapa perkara juga perlu diambil kira seperti cara muhasabah diri, cara mengurus emosi serta membina kehidupan yang lebih baik.

Pada sesi petang, para peserta didedahkan peri pentingnya mengurus masa dengan berkesan cara rebut lima perkara sebelum datang lima perkara dan bagaimana untuk berkomunikasi dengan berkesan.

No comments:

Post a Comment

Disqus Shortname

Comments system

ADS Title Below (yes/no)

Animation - Scroll IMG (yes/no)

Recent Posts

Fixed Menu (yes/no)

Widget Recent Post No. (ex: 4)

Widget Random Post No. (ex: 4)

PageNavi Results No. (ex: 7)