Sunday 28 February 2010

KEM MOTIVASI BELAJAR - SMK IBRAHIM FIKRI


16-17hb Februari 2010, sebuah program “Kem Motivasi Belajar” telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu. Program di sekolah sendiri seperti ini merupakan salah satu tugasan wajib bagi peserta Akademi Fasilitator untuk dilaksanakan bagi menamatkan pelajaran sebagai fasilitator. Mohd Hani Bin Mohd Sidek dari AF6 UiTM ialah pengurus projek bagi program ini.

Program selama 2 hari 1 malam tersebut bertujuan untuk menarik semangat pelajar-pelajar asrama untuk belajar lebih bersungguh-sungguh. Bilangan pelajar asrama yang terlibat adalah seramai 250 orang termasuk 50 orang pelajar khas. Pelajar-pelajar khas yang terlibat adalah dari golongan tidak dapat mendengar atau bercakap atau kedua-dua sekali.

Jumlah fasilitator dan jurulatih yang telah turut serta dalam program tersebut adalah seorang jurulatih dan enam orang fasilitator. Jurulatih yang terlibat adalah Encik Hafizan Rohmat manakala fasilitator adalah Mohd Hani, Siti Nurul Ainmey, Erma Shakila, Suhaida, Aadila, dan Nor Azzah. Semua fasilitator tersebut adalah dari Akademi Fasilitator 6 UiTM.

Pengisian yang telah dimasukkan dalam program tersebut adalah suai kenal (ice breaking), LDK I (Matlamat Diri), LDK II (Masalah Belajar), Muhasabah Diri, Ceramah Teknik-teknik Belajar dan LDK III (Pelan Aksi). Program telah dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat penghargaan dari pihak sekolah.

Wednesday 24 February 2010

Kursus Penerapan Nilai-nilai Murni - PPUM


23 Februari 2010 - Saudara Ahmad Zaki Ahmad Rafa'i, perunding utama Chosen One Management telah diminta oleh HPI Consultants Sdn. Bhd. bagi mengendalikan satu kursus yang dinamakan Penerapan Nilai-nilai Murni untuk 150 orang kakitangan Pusat Perubatan Universiti Malaya bertempat di Dewan Sekapur Sirih, Tingkat 1, Bangunan Trauma & Kecemasan.

Seawal jam 8.00am, peserta telah mendaftar bagi mendapatkan program tentatif serta nota kursus. Dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Kamal Eazzat Mat Isa. Kemudian, sesi 1 dimulakan dengan Pembinaan Nilai Positif di Tempat Kerja dengan menerangkan kepada peserta bagaimana mewujudkan budaya kerja yang cemerlang serta kepentingan hubungan harmoni sesama staf.

Sesi 2 bermula sebaik sahaja selesai minum pagi dengan Budaya Integriti & Akauntabiliti. Sesi ini mengajak para peserta mendefinisikan integriti dan akauntabiliti serta kesan amalan rasuah & penyelewengan.

Sesi 3 pula dimulakan jam 2.30p.m yang membincangkan tentang mesra pelanggan. Antara kandungan sesi ini ialah bagaimana para kakitangan boleh meningkatkan kemahiran komunikasi, membina staf yang berinformasi serta amalan senyum.

Sebelum berakhir, para peserta diminta mengisi borang penilaian bagi menilai keberkesanan kursus ini.

Tuesday 16 February 2010

Seminar Motivasi UPSR - SK Convent (2) Bukit Nanas

11 Februari 2010 - Seminar Motivasi UPSR untuk 106 pelajar Sekolah Kebangsaan Convent (2) Bukit Nanas telah berlangsung dengan jayanya bertempat di bangunan Chartis Insurance. Program ini dikendalikan oleh saudara Ahmad Zaki Ahmad Rafa'i dan Nur Iman Mahadi Mukiya. Seminar tersebut dimulakan seawal jam 8.30 pagi dengan ceramah motivasi yang bertajuk 'Akulah Juara'.

Selepas minum pagi, slot 'ice-breaking'dan 'mind setting' telah dikendalikan dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan menghiburkan. 12.45 tengahari, pelajar tahun enam ini telah kembali ke sekolah untuk menikmati hidangan tengahari. Slot potensi diri dan yakin diri telah dijalankan pada jam 2.00 petang manakala slot terakhir ialah matlamat dan halatuju. Berdasarkan kepada target sekolah, 40 dari 125 pelajar akan mendapat 5A.

Seminar berakhir dengan nyanyian lagu sekolah secara beramai-ramai sekitar jam 4.30 petang. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Zawita, guru bimbingan kaunseling CBN 2 kerana memberikan peluang kepada kami untuk mengendalikan seminar tersebut.

Monday 8 February 2010

Kursus Pengurusan Diri & Pembentukan Semangat Berpasukan - Maahad Darul Faqeh

Kursus Pengurusan Diri & Pembentukan Semangat Berpasukan pada 5-7 Februari untuk 48 pelajar Maahad Darul Faqeh, Tongkah. Antara kandungan: Ice-Breaking, Team Formation, Night Walk, Explore Race, Kawad, Malam Kebudayaan Islam, Bagaimana Mengurus Diri - Pakaian, Kekemasan Bilik & Locker, Disiplin. Jurulatih & Fasilitator yang terlibat : Ahmad Zaki Ahmad Rafa'i, Noramin Ismail (AF2UiTM) serta Nasaruddin Ahmad (AF7UiTM) dibantu oleh jurulatih bersekutu Peter Ozany & Isa Shamsuddin

Disqus Shortname

Comments system

ADS Title Below (yes/no)

Animation - Scroll IMG (yes/no)

Recent Posts

Fixed Menu (yes/no)

Widget Recent Post No. (ex: 4)

Widget Random Post No. (ex: 4)

PageNavi Results No. (ex: 7)