Wednesday 24 March 2010

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

16 Mac, Subang Permai - Saudara Ahmad Zaki Ahmad Rafa'i telah diminta untuk menjadi penceramah program Persediaan Menghadapi Peperiksaan di Masjid At-Taqwa, Subang Permai. Lebih 50 orang yang mendaftar sebagai peserta. Mereka terdiri daripada pelajar tahun 4 sehingga tingkatan 5.

Sesi dimulakan lebih kurang jam 8.30 dengan bacaan doa. Antara kandungan yang disampaikan pada sesi pertama ialah tujuan peperiksaan, mengenalpasti cara belajar, sikap di dalam kelas.

Setelah minum pagi, sesi disambung semula pada jam 11.30 dengan apa yang perlu para pelajar lakukan sebelum, semasa dan selepas peperiksaan. Saudara Zaki Rafa'i juga menyentuh tentang persediaan emosi, spiritual dan mental dalam menghadapi peperiksaan.

Sesi tamat pada jam 12.30 p.m. Ucapan terima kasih kepada Puan Hasni dan ahli jawatankuasa yang lain yang dapat menganjurkan program ini sempena cuti sekolah untuk anak-anak kariah Masjid At-Taqwa, Subang Permai

Friday 19 March 2010

SUCCESS BEGINS WITH ME - TABUNG ANAK YATIM


13-14 Mac, El-Azzhar Camp, Morib - Seramai 50 orang anak yatim dan ibu tunggal menyertai program ini. Program ini dibahagikan kepada dua bahagian; satu untuk pelajar dan satu untuk ibu-ibu.Objektif program ini ialah menaikkan semangat motivasi dan jatidiri.

Sesi ibu dikendalikan oleh saudara Ahmad Zaki Ahmad Rafa'i dan Kamarul Azami Mohd Zaini (IQ Class Management) manakala sesi anak-anak dikendalikan oleh saudara Johari Hamzah, saudara Mohammad Zaki Melatusamsi (kedua2 dari IQ Class Management) & saudara Mohd Hani Mohd Sidek (AF6UiTM). Aktiviti 'outdoor' dikendalikan oleh Isa Shamsuddin.

Sesi untuk ibu ialah ice breaking, pembentukan pasukan, kenali diri anda, kenali permata anda & plan aksi manakala sesi untuk anak-anak ialah ice breaking, pembentukan pasukan, set your goal, akulah juara dan problem solving.

Tuesday 9 March 2010

KURSUS TOT


5-7 Mac 2010 - Bertempat di Hotel Putra, Kuala Lumpur berlangsung satu Training of Trainers untuk Keluarga@Kerja (Parenting@Work) yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat dengan kerjasama Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM). Perunding utama COM Ahmad Zaki Ahmad Rafa'i dan beberapa rakan jurulatih iaitu Dr.Tembon Ghani (TG Consult Sdn.Bhd.), Mohsen Amdan (Flipsio Resources Sdn. Bhd.) & Kamarul Azami Mohd Zaini telah (IQ Class Management) sama-sama mengikuti latihan tersebut. Tidak ketinggalan juga saudara Yahya Mahyuddin Datuk Utoh Said (AF3UIAM).

TOT ini bertujuan memberikan latihan kepada jurulatih Keluarga@Kerja (Parenting@Work) dalam melaksanakan 5 modul bagi membantu ibubapa menyiapkan diri serta mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran ke arah melahirkan keluarga yang berilmu, hidup dalam suasana mesra, berkasih sayang dan harmoni. Ibubapa juga berpeluang untuk mempelajari teknik-teknik mengimbangi tanggungjawab terhadap keluarga dan kerjaya serta memperolehi pengetahuan dan kemahiran keibubapaan.

Antara objektif program Keluarga@Kerja (Parenting@Work) ialah:
 
a) meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kepada ibu bapa mengenai pentingnya mengimbangi peranan sebagai ibu bapa dan pekerja.

b) memberi kemahiran serta panduan cara gaya keibubapaan untuk menghadapi cabaran keluarga di setiap kitaran hidup keluarga (family life cycle).

Disqus Shortname

Comments system

ADS Title Below (yes/no)

Animation - Scroll IMG (yes/no)

Recent Posts

Fixed Menu (yes/no)

Widget Recent Post No. (ex: 4)

Widget Random Post No. (ex: 4)

PageNavi Results No. (ex: 7)