Tuesday 9 March 2010

KURSUS TOT


5-7 Mac 2010 - Bertempat di Hotel Putra, Kuala Lumpur berlangsung satu Training of Trainers untuk Keluarga@Kerja (Parenting@Work) yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat dengan kerjasama Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM). Perunding utama COM Ahmad Zaki Ahmad Rafa'i dan beberapa rakan jurulatih iaitu Dr.Tembon Ghani (TG Consult Sdn.Bhd.), Mohsen Amdan (Flipsio Resources Sdn. Bhd.) & Kamarul Azami Mohd Zaini telah (IQ Class Management) sama-sama mengikuti latihan tersebut. Tidak ketinggalan juga saudara Yahya Mahyuddin Datuk Utoh Said (AF3UIAM).

TOT ini bertujuan memberikan latihan kepada jurulatih Keluarga@Kerja (Parenting@Work) dalam melaksanakan 5 modul bagi membantu ibubapa menyiapkan diri serta mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran ke arah melahirkan keluarga yang berilmu, hidup dalam suasana mesra, berkasih sayang dan harmoni. Ibubapa juga berpeluang untuk mempelajari teknik-teknik mengimbangi tanggungjawab terhadap keluarga dan kerjaya serta memperolehi pengetahuan dan kemahiran keibubapaan.

Antara objektif program Keluarga@Kerja (Parenting@Work) ialah:
 
a) meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kepada ibu bapa mengenai pentingnya mengimbangi peranan sebagai ibu bapa dan pekerja.

b) memberi kemahiran serta panduan cara gaya keibubapaan untuk menghadapi cabaran keluarga di setiap kitaran hidup keluarga (family life cycle).

No comments:

Post a Comment

Disqus Shortname

Comments system

ADS Title Below (yes/no)

Animation - Scroll IMG (yes/no)

Recent Posts

Fixed Menu (yes/no)

Widget Recent Post No. (ex: 4)

Widget Random Post No. (ex: 4)

PageNavi Results No. (ex: 7)