Wednesday 24 March 2010

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

16 Mac, Subang Permai - Saudara Ahmad Zaki Ahmad Rafa'i telah diminta untuk menjadi penceramah program Persediaan Menghadapi Peperiksaan di Masjid At-Taqwa, Subang Permai. Lebih 50 orang yang mendaftar sebagai peserta. Mereka terdiri daripada pelajar tahun 4 sehingga tingkatan 5.

Sesi dimulakan lebih kurang jam 8.30 dengan bacaan doa. Antara kandungan yang disampaikan pada sesi pertama ialah tujuan peperiksaan, mengenalpasti cara belajar, sikap di dalam kelas.

Setelah minum pagi, sesi disambung semula pada jam 11.30 dengan apa yang perlu para pelajar lakukan sebelum, semasa dan selepas peperiksaan. Saudara Zaki Rafa'i juga menyentuh tentang persediaan emosi, spiritual dan mental dalam menghadapi peperiksaan.

Sesi tamat pada jam 12.30 p.m. Ucapan terima kasih kepada Puan Hasni dan ahli jawatankuasa yang lain yang dapat menganjurkan program ini sempena cuti sekolah untuk anak-anak kariah Masjid At-Taqwa, Subang Permai

No comments:

Post a Comment

Disqus Shortname

Comments system

ADS Title Below (yes/no)

Animation - Scroll IMG (yes/no)

Recent Posts

Fixed Menu (yes/no)

Widget Recent Post No. (ex: 4)

Widget Random Post No. (ex: 4)

PageNavi Results No. (ex: 7)