Friday 30 April 2010

KETERAMPILAN KOMUNIKASI DIRI & PEMIKIRAN HEBAT


28-29 April 2010, Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jalan Cenderasari, 50480 Tasik Perdana – HPI Consultant Sdn. Bhd. telah menjalankan program Kursus Keterampilan Komunikasi Diri Dan Pemikiran Hebat. Saudara Ahmad Zaki, Chosen One Management telah dilantik menjadi jurulatih untuk hari pertama program tersebut.

Pada hari pertama peserta dihidangkan dengan sesi yang pertama iaitu membentuk keterampilan yang mantap. Pengisian dalam sesi yang pertama ini ditekankan tentang pembentukan keterampilan yang meyakinkan, membentuk minda hebat dan membina potensi diri, membentuk keyakinan diri untuk menyumbang kepada organisasi dan kemahiran berkomunikasi dengan lebih yakin.

Sesi kedua yang bertajuk Meransang Minda Hebat diisi dengan membina minda positif, mengurus emosi dengan cemerlang, teknik memotivasikan diri dan membina self esteem tinggi, memahami kognitif pemikiran dan asas pemikiran kreatif dan innovatif dan memahami asas pemikiran kritikal dan lateral. Sesi ketiga iaitu sesi terakhir pada hari pertama ialah Membentuk Minda Kreatif & Innovatif yang menekankan tentang  memahami kepentingan pemikiran kreatif, prinsip asas pemikiran kreatif dan inovatif, proses pembangunan idea kreatif dan langkah-langkah membentuk  innovasi dan kreativiti di tempat kerja.

No comments:

Post a Comment

Disqus Shortname

Comments system

ADS Title Below (yes/no)

Animation - Scroll IMG (yes/no)

Recent Posts

Fixed Menu (yes/no)

Widget Recent Post No. (ex: 4)

Widget Random Post No. (ex: 4)

PageNavi Results No. (ex: 7)