Friday 23 April 2010

MOTIVASI UNTUK KECEMERLANGAN PRESTASI

20-22 April 2010, Bukit Cahaya, Shah Alam, Selangor - PUTP Excel Sdn Bhd telah menjalankan Program Kepuasan Kerja, Menangani Konflik Untuk Peningkatan Prestasi. Chosen One Management (COM) telah dijemput sebagai penceramah dalam program tersebut. Program tersebut melibatkan 31orang warga kerja Hotel UiTM Shah Alam. Saudara Ahmad Zaki Ahmad Rafa’I dibantu oleh saudara Mohd Hani Mohd Sidek (AF6 UiTM).
    Pada hari pertama, saudara Ahmad Zaki mengisi slot kedua pada jam 2.30 – 4.00 petang. Slot tersebut merupakan LDK Kemahiran Menangani masalah.  Slot ketiga adalah dari jam 5.30 – 6.30 petang yang merupakan riadah bermodul. 4 set permainan telah disediakan iaitu “fun fair’, “timbang bola”, “boling mini” dan “chopstick & ping pong ball”. Permainan tersebut adalah bagi memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan dan menekankan tentang kepentingan strategi dalam melakukan sesuatu kerja.
    Pada hari kedua, slot kelima adalah pada jam 10.30 pagi – 12.30 tengahari yang mana merupakan LDK yang bertajuk Merangsang Idea Kreatif dan Inovatif. Slot tersebut kemudiannya disambung pada slot setrusnya pada jam 2.00 petang – 4.00 petang. Sepanjang slot tersebut peserta disediakan dengan permainan-permainan yang menguji kreativiti dan daya pemikiran inovatif. Penceramah menekankan tentang lima jenis kreatif iaitu kreatif visual, kreatif lisan, kreatif lukisan, kreatif lakaran dan kreatif psikomotor.
Pada hari terakhir saudara Ahmad Zaki mengendalikan slot kesembilan pada jam 2.00 – 4.00 petang iaitu Menikmati Kepuasan Kerja.Majlis penutup diadakan pada jam 4.00 petang. Sijil-sijil, gambar seta cenderahati disampaikan kepada semua peserta oleh Puan Naziah Ozair. Jamuan petang disediakan setelah majlis penutup selesai.

No comments:

Post a Comment

Disqus Shortname

Comments system

ADS Title Below (yes/no)

Animation - Scroll IMG (yes/no)

Recent Posts

Fixed Menu (yes/no)

Widget Recent Post No. (ex: 4)

Widget Random Post No. (ex: 4)

PageNavi Results No. (ex: 7)